- Fasa Analisis

Kenalpasti apakah masalah yang perlu diatasi dengan pembangunan system yang baru. Model logikal perlu di bangunkan beserta dengan keperluan model.
Keperluan model akan berterusan digunakan sepanjang pembangunan sistem. Untuk memahami system yang baru, kajian dilakukan melalui temubual, soal selidik, semakan dokumen, pemerhatian dan contoh-contoh.
Proses ini dinamakan proses pencarian fakta (factfinding). Produk akhir fasa ini ialah dokumen keperluan sistem yang akan menyenaraikan tentang keperluan pengurusan dan pengguna, kos, lebihan dan garis panduan alternative pembangunan sistem.
Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam fasa ini ialah:
  1. Pengumpulan fakta
Pengumpulan fakta-fakta dan maklumat berkaitan sistem yang akan dibangunkan. Kaedah pengumpulan fakta yang biasa digunakan adalah seperti temuduga, soal selidik dan pemerhatian.

  1.  Mengenalpasti keperluan sistem
Maklumat yang dikumpul dijelmakan dalam bentuk model yang akan menggambarkan keperluan-keperluan bagi sistem makluma. Dalam hal ini pengguna akan terlibat bagi menentukan ketepatan keperluan-keperluan yang telah dimodelkan. Model yang telah siap sempurna dikenali sebagai model logikal kerana tidak menggariskan secara khusus teknologi yang akan digunakan. Penentuan jenis teknologi yang digunakan akan digambarkan sebagai model fizikal yang akan digunakan dalam fasa rekabentuk.

  1. Penjanaan alternatif dan pemilihan
Berdasarkan keperluan yang telah diberikan keutamaan, Juruanalisis sistem akan menjanakan beberapa alternatif penyelesaian antaranya ialah pembangunan perisisan secara sendiri menggunakan pekerja didalam organisasi, pemberian kontrak kepada syarikat luar dan pembelian komersial yang terdapat di pasaran.

  1. Pembentangan kepada pihak pengurusan
Setelah pembentanagn dibuat dan pihak pengurusan telah mendapat kefahaman yang jelas berkenaan sistem maklumat, penentuan akan dibuat sama ada projek tersebut harus di teruskan atau sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment