- Fasa Dokumentasi


Setelah sistem dilihat berjaya dari segi keperluan dan penggunaannya, Pendokumentasian sistem perlu dibuat untuk memudahkan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam pengendalian operasi sistem tersebut.
Proses pembangunan dari peringkat awal hingga peringkat akhir perlu ditulis dalam bentuk laporan. Manual pengguna juga diperlukan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna baru. Keperluan dari segi perkakasan, perisian dan rangkaian juga dinyatakan dengan jelas dalam laporan dokumentasi.

  1. Dokumentasi aturcara
Penerangan lengkap tentang perjalanan keseluruhan bagi mengendalikan aturcara yang telah dibangunkan dibuat selepas aturcara ditulis dan diuji. Pengaturcaraan umumnya akan mengumpulkan maklumat pendokumentasian kedalam fail kertas yang dirujuk sebagai tatacara atau manual pengguna.

  1. Tujuan dokumentasi
Mambantu pengguna memahami penggunaan dan [enyelesaian aturcara yang telah lengkap. Ia juga bertindak sebagai rangka yang perlu untuk menyelenggarakan aturcara. Selain itu, dokumentasi dapat membantu akauntan awam melaksanakan audit.

0 comments:

Post a Comment