PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASA DEPAN

Pangkalan Data dan Teknologi Web


Antara fenomena terpenting dalam teknologi maklumat adalah evolusi Internet. Ini dibuktikan  dengan bilangan pengguna Internet yang semakin meningkat sepanjang masa sama ada pengguna korporat atau pengguna peribadi. Teknologi yang berkait rapat dengan Internet adalah World Wide Web (www) ataupun web.
          Silberchatz et.al (1997) mentakrifkan World Wide Web sebagai system maklumat teragih yang berasaskan teks hiper (hypertext). Kebanyakan tapak web yang ada adalah berasaskan  fail di mana setiap dokumen Web disimpan  dalam fail yang berbeza. Untuk tapak web yang kecil, pendekatan ini adalah memadai. Bagaimanapun untuk tapak Web besar, ini menyebabkan masalah pengurusan yang besar.
         Selain internet  terdapat istilah Intranet, iaitu satu tapak web atau sekumpulan tapak yang dipunyai oleh organisasi tertentu yang hanya boleh dicapai oleh ahli organisasi itu sahaja. Piawai Internet untuk membalas mel elektronik dan menerbitkan laman web semakin popular untuk kegunaan perniagaan di dalam rangkaian tertutup seperti intranet. Intranet dihubungkan kepada Internet melalui dinding api (firewall).
          Terdapat beberapa kekangan tentang maklumat yang masuk dan keluar dari Intranet. Sebagai contoh, pekerja di organisasi boleh menghantar mel elektronik dan mencapai mana-mana tapak web di Internet, tetapi orang di luar organisasi hanya boleh menghantar mel elektronik ke dalam organisasi dan tidak dibenarkan untuk melihat laman web yang terkandung dalam internet.
        Selain dari itu, terdapat satu lagi istilah, iaitu Exranet, iaitu Intranet yang sebahagiannya dapat dicapai oleh orang luaran tertentu. Sekiranya Intranet terletak di belakang dinding api dan hanya boleh dicapai oleh ahli organisasi, Extranet menyediakan berbagai tahap capaian kepada orang luar. Bagaimanapun, Extranet menyediakan berbagai tahap capaian kepada orang luar. Bagaimanapun, Extranet hanya boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai nama pengguna dan kata laluan yang sah. Nama pengguna dan kata laluan ini akan menentukan bahagian mana yang boleh dilihat oleh orang luaran itu. Extranet telah menjadi satu cara yang popular untuk rakan kongsi perniagaan bertukar-tukar maklumat.
          Beberapa keperluan yang perlu dipenuhi dalam penyepaduan pangkalan data dan web disenaraikan di bawah. Tidak semua keperluan ini dapat dicapai buat masa ini, namun diharapkan ia dapat memberi panduan ke arah penyepaduan pangkalan data dan web.
i)   Kebolehan untuk mencapai data korporat dengan selamat
ii) Data dan vendor tidak bergantung ke atas satu sama lain untuk memudahkan pilihan bagi
penggunaan SPPD di masa sekarang dan di masa akan datang.
iii)Kebolehan untuk berhubung dengan pangkalan data tanpa bergantung kepada mana-
mana pelayar atau pelayan web.
iv)Penyelesaian connectivity yang mengambil kesempatan ke atas sifat-sifat SPPD organisasi.
v) Pendekatan seni bina terbuka yang membolehkan saling boleh operasi dengan berbagai
jenis sistem dan teknologi.

0 comments:

Post a Comment