- Fasa Pengujian

Di dalam proses pengimplementasian, sistem bari akan diuji agar dapat berfungsi sepenuhnya dan berjaya memenuhi keperluan sebenar pembangunan.
Pengguna akan diberi latihan untuk mengendalikan operasi sistem dengan berkesan. Penilaian akan dibuat sama ada sistem yang diimplementasikan itu benar-benar memberi faedah kepada organisasi tersebut. Dalam proses ini aturcara sistem dinyahpijatkan dan dibaiki jika ada.
Setelah aturcara siap dibin dan dikompil proses pengujian dijalankan agar bebas daripada sebarang ralat. Pengujian dilakukan dengan menggunakan data-data sebagai sampel. Sekiranya terdapat ralat ianya akan diperbetulkan dan dijalankan pengujian sekali lagi sehingga berjaya. Sekiranya atucara yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak ataupun tidak dapat menyelesaikan masalah maka aturcara tersebut direkabentuk semula.
Jenis-jenis ralat pengaturcaraan:
  1. Ralat sintaks/pengkodan
  2. Ralat logik

  1. A.      Ralat sintaks
  • Wujud apabila pengaturcaraan gagal mengikuti peraturan-peraturan bekaitan cara suruhan patut ditulis.
  • Contoh tersilap ejaan bagi arahan WRITE. Komputer akan mencetak mesej diagnosis.
  • Setelah semua ralat sintaks dibetulkan pengkompil boleh memahami dan menterjemah aturcara.

  1. B.      Ralat logik
  • Ralat yang terjadi daripada jujukan suruhan yang tidak betul.
  • Mungkin boleh berlaku ralat dalam logik aturcara. Maksudnya suruhan mungkin bercanggah.
  • Contoh: sepatutnya pengaturcaraan menulis arahan READ tetapi ia menulis WRITE.

0 comments:

Post a Comment